KELEBIHAN SUSU OMEGA PLUS
- Ianya mengandungi sterol dari tumbuhan
yang membantu mengurangkan kolesterol. Apa itu sterol? Sterol tumbuhan
ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti
secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.
- Ianya tinggi dengan kalsium yang sememangnya kita tahu bagus untuk tulang.
- Ianya mengandungi 60% kurang lemak berbanding susu penuh krim. Yang diet tu boleh minum susu ni :)
- Susu ini mengandungi Omega 3 dan Omega 6,
iaitu sejenis asid lemak yang kita perlukan, tetapi tidak dihasilkan
oleh badan dan harus diambil daripada makanan harian. Sumber baik Omega 3
dan 6 ialah minyak jagung dan minyak biji sesawi.
- Susu ini boleh membantu mengekalkan tahap karotenoid kepada orang-orang yang mengamalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Apa itu karotenoid? Karotenoid itu ialah sejenis pigmen yang selalunya terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna dari warna kuning hingga merah (seperti lobak, tomato, betik). Karotenoid membantu membekalkan vitamin A, antioksidan, dan juga meningkatkan fungsi sistem imun badan kita. Malah membantu sistem pembiakan kita agar berfungsi dengan lebih baik!
*****
No comments:
Post a Comment